LATAR BELAKANG

Blog ini dibina pada 2012. Blog ini ialah hasil kerja ahli Kelab Doktor Muda
tahun enam Tahun 2012.

Suatu kursus pembinaan blog di adakan sebagai pengisian Program Selepas UPSR 2012.

Memandangkan kebanyakan keluarga murid SKFBT memiliki laptop sumbangan
FELDA dan ada yang peribadi, jadi semua murid dikehendaki membawa laptop sendiri.

Bukan main meriah lagi...Seronok bukan main dapat belajar buat blog.

Ada yang buat blog peribadi, ada yang buat blog untuk geng dan sekumpulan murid
ditugaskan untuk membina blog atas nama Kelab Doktor Muda.

Alhamdulillah, berhasil akhirnya walaupun sakit kepala Cikgu Shahrum dengan karenah
anak-anak didik yang terlebih pandai daripadanya.

Cikgu Shahrum selaku admin blog ini berharap ini bermanfaat untuk semua.

Kini, dari masa ke semasa cikgu akan kemas kini blog ini dengan maklumat terkini
KDM (Kelab DOMU) dan info-info kesihatan untuk tatapan dan panduan semua.


Senarai Guru Penasihat

2005-2009
En Nik Mohd Jefri b Nik Mat

2010 - 2012
En Nik Mohd Jefri b Nik Mat
Pn Shahrum bt Awang
Pn Azila Azwa bt Azmi

2013
Ustaz Mohd Yazid b Ismail
Pn Azila Azwa bt Azmi
Pn Shahrum bt Awang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan