Jumaat, 28 Jun 2013

Program pengantarabangsaan antara Kelab Doktor Muda SKFBT & Wat Meapia Scholl Songkla Thailand.

Pada 27 dan 28 Jun 2013, Kelab Doktor Muda SKFBT dengan kerjasama PPD Kubang Pasu dan Pejabat Kesihatan Kubang Pasu telah mengadakan Program Antarabangsa dengan Wat Maepia School.

Program ini telah berjalan dengan lancar sekali. Pihak sekolah Wat Maepia menyambut kedatangan kami dengan begitu meriah. Banyak aktiviti yang telah diadakan di sana. Semua ahli kelab dapat bermesra dan berkenalan dengan pelajar di sana.

Guru Besar sekolah tersebut iaitu Mr Narung Plansungket -rupa-rupanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Walaupun jumlah perkataan yang dikuasainya sedikit, namun ia tetap istimewa.

Kami telah disambut dengan deretan pelajar Wat Maepia yang begitu ramah. "Selamat datang" ucap mereka sambil tersenyum. Wah, kagumnya kami melihat mereka yang begitu mesra dan bersungguh-sungguh berbaris di bawah terik matahari menyambut kedatangan kami. Terima kasih banyak-banyak. Kop Khun Kha.
























Untuk melihat gambar yang lebih banyak, sila klik GALERI di atas. Terima kasih.

Khamis, 27 Jun 2013

PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA DENGAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH SONGKLA

Hari ini 27 Jun 2013,ahli kelab Doktor Muda SKFBT akan bertolak ke Thailand untuk program pengantarabangsaan. Para peserta akan berada di Thailand selama 2 hari 1 malam. Pada pagi Jumaat 28 Jun, para peserta akan melawat salah sebuah sekolah yang terkenal di Songkla. Di sana, aktiviti mewarna dan demontrasi cara mancuci tangan yang betul akan diadakan.

Melalui program ini, para peserta akan dapat menjalinkan hubungan mesra dengan pelajar dan guru di sana. Selain itu, para peserta juga akan dapat berkongsi pendapat dan membuat tinjauan aspek-aspek yang boleh dibuat penambahbaikan untuk dibawa pulang.

Adalah menjadi harapan para guru penasihat agar program ini dapat membuka minda peserta tentang budaya dan gaya pembelajaran di negara jiran serta mengambil peluang menceduk idea-idea bernas yang boleh dimanfaatkan apabila pulang kelak.

Selamat pergi dan kembali.

Rabu, 26 Jun 2013

PERJUMPAAN WARIS KDM 2013

Alhamdulillah tadi jam 11.30 pagi telah diadakan perjumpaan waris KDM 2013 bertempat di bilik KDM yang serba ceria itu.

Terima kasih diucapkan atas kesudian para waris melapangkan masa dan hadir ke perjumpaan tersebut.










KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2013

Pada 22 Jun baru-baru ini, team doktor muda SKFBT telah mewakili daerah Kubang Pasu ke Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah 2013 yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Baling

Kelab Doktor Muda mewakili Kubang Pasu dalam empat kategori iaitu Tokoh Doktor Muda, Inovasi,  Sketsa dan Sekolag Cemerlang. Pasukan Sketsa dan Inovasi telah memenangi tempat kedua, Tokoh Doktor Muda mendapat hadiah saguhati manakala Sekolah Cemerlang pula telah dinobatkan sebagai johan. Ini bermakna SKFBT sekali mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan. Tahniah!

Selain SKFBT, sekolah lain yang turut mewakili Kubang Pasu dalam konvensyen tersebut ialah SK Sanglang bagi kategori Buku Informasi, SK Darul Aman Height dalam kategori Pameran Aktiviti, SJK(C) Chung Hwa dalam kategori Kuiz. dan beberapa buah sekolah lagi.

Semasa di sana, bukan hanya kenangan manis yang terpateri dalam album kenangan para peserta Kelab Doktor Muda SKFBT, malah turut terselit kenangan BUSUK. Kenangan BUSUK gara-gara bekalan air di Kompleks rakan Muda terputus. Bukan sahaja tidak dapat mandi dengan sempurna, bahkan nak buang air kecil dan besar pun kena bawa air dalam botol. Kesiannnn.

Walau apapun yang berlaku, semangat para peserta tidak pernah padam. Masing-masing berusaha keras demi sebuah kejayaan. Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan segalanya.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semangat yang berkobar-kobar akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Peluang yang ada pasti akan KITA ambil sebaiknya.

Insyaalah kejayaan akan menjengah jika usaha dilipatgandakan lagi.












Nak lebih gambar, kliklah kat GALERI kat atas tu.


Isnin, 17 Jun 2013

Alhamdulillah dah selesai urusan imegresen untuk pasport kumpulan. Terima kasih diucapkan kepada para waris yang telah sudi meluangkan masa demi memastikan segala urusan berjalan lancar.

Dalam keghairahan menyiapkan dokumen itu masih ada beberapa orang pelajar yang tersangkut beberapa prosedur imegresen. Harap-harap masalah yang timbul akan dapat diselesaikan sebelum berakhir minggu ini.

Sayangnya, sekeping gambar pun tak snap untuk merakam keakraban hubungan keluarga doktor muda SKFBT semasa pakat-pakat turun ke Bukit Kayu Hitam tadi.

Jika ada sesiapa yang sempat merakam foto, mintalah kongsi.....nak paste kat blog ni.

Esok 18hb, team sketsa akan memulakan latihan yang sudah lama tertangguh kerana guru penasihat masing-masing sibuk dengan pelbagai agenda.

Harap masa yang masih berbaki sedikit sebelum bertolak ke Baling 21hb nanti akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ingat! SETIAP KEJAYAAN MENUNTUT PENGORBANAN.


Rabu, 12 Jun 2013

Penjurian Sekolah Cemerlang Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Pada 11.6.2013

Alhamdulillah, penjurian Sekolah Cemerlang Doktor Muda Kebangsaan dah selesai 11.6.2013.
Berserah dan bertawakal kepada Allah apapun keputusannya. Yang penting kita dah berusaha
sebaik mungkin.

Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama semua guru dan pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung
dan tidak langsung.

Bersiap sedia untuk Konvensyen Peringkat Negeri Kedah pada 22.6.2013 pula.

Semoga segala usaha diberkati Ilahi. Amin.