Selasa, 28 Oktober 2014

Assalamualaikum. Amboii...lama betullah cikgu tak menjengah ke Blog ni... Sunyi jer terrrr

Alang-alang dah menjengah ni..cikgu nak buat laporan yang mungkin dah basi. Tapi layan jer lah.

Yang pertama: Baru-baru ni iaitu pada 16 Oktober 2014, bertempat di SMK Telok Bayu, Sungai Petani telah diadakan Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah.

Sekolah Felda Bukit Tangga telah mewakili daerah Kubang Pasu dalam acara Persembahan Bakat dan Tokoh Doktor Muda.

Persembahan Bakat (Sketsa) telah disertai oleh 15 orang Doktor Muda iaitu:
1. Mohd Faizal b Alias
2.Amirul Akmal b Azmi
3. Mohd Nor Rahmad b Syamsudin
4. Mohd Faris b Alias
5. Zaim Zal Hasmi b Azriman
6. Syazani Aizat b Radzaini
7. Nur Hanis bt Rosli
8. Amaal Firiyaani bt Abd Malek
9. Nur Farhain bt Anuar
10. Nur Aina Asyirah bt Saidin
11. Wan Shifa Aliya bt Wan Nazri
12. Siti Zulaikha bt Zulkifli
13. Nur Nadrah bt Roslan
14. Mohd Hisyamudin b Khairul Anuar
15. Nur Aisyah Hazirah bt Mohd Fadzil

Tajuk Sketsa : "Ujian Tamat Belajar"

Citernya berkisar tentang ujian yang dihadapi oleh seorang pelajar iaitu Aduka yang wataknya dipegang oleh jejaka tampan SKFBT iaitu Mohd Faizal b Alias. Tok Guru ( Nur Rahmad) telah menguji Aduka untuk memastikan dia betul-betul sudah khatam semua ilmu yang diajarnya.

Aduka memang hebat!!! Semua ujian dapat diselesaikan. Banyak sekali info yang Aduka kemukakan.
Tok Guru sangat bangga dan membenarkan Aduka kembali kepada masyarakat untuk berbakti.

Dalam pertandingan bakat ini, team SKFBT telah memenangi tempat ketiga.. TAHNIAH!!!


Manakala untuk kategori TOKOH DOKTOR MUDA, Farhah Bahiyah adalah wakil yang telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Kubang Pasu .
Beliau telah dapat menjawab semua soalan "killer" daripa juri temuduga dengan begitu yakin. Soalan-soalan yang diajukan bukan sekadar berkisar tentang pengetahuan tentang ilmu Doktor Muda, malah meliputi hal ehwal semasa....harga getah sekerap pun turut ditanya...lawakkk...

Alhamdulillah, debaran semasa diumumkan nama para pemenang berakhir dengan titisan air mata terharu. Farhah Bahiyah telah dinobatkan sebagai TOKOH DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH.

Bukan Farhah saja yang suspen...cikgu Om, Cikgu Azila dan Cikgu Shima pun tak boleh bernafas rasa....

Farhah memang layak untuk memakai gelaran tu...Cayalah..


Okey itu saja yang nak cikgu kongsikan buat masa ini...
Jumpa lain kali yer...

Salam Sayang daripada Cikgu OM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan