Jumaat, 13 September 2013

PROGRAM SELEPAS UPSR 2013

Alhamdulillah, UPSR sudah pun selesai Khamis lalu. Semoga semua murid mendapat kejayaan cemerlang.
Dah lepas peperiksaan tidak bermakna sesi persekolahan juga selesai. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Insyaallah, Ahad nanti (15 Sept), guru-guru tahun 6 akan maklumkan aktiviti yang telah dirancang dan disusun khas untuk murid-murid tahun 6.

Doktor Muda (tahun 6) sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang masa yang masih berbaki di sekolah ini untuk memberi khidmat bakti kepada kelab.

Cikgu bercadang untuk menganjurkan kempen kebersihan dan kesihatan yang melibatkan doktor muda tahun 6. Mereka akan ditugaskan untuk memasang poster di kawasan strategik di sekolah, membuat demontrasi serta pemeriksaan kesihatand an menyediakan taman DOMU yang akan ditanam dengan ulam-ulaman.

Semua perancangan akan berjalan lancar jika semua doktor muda tahun 6 memberi kerjasama. Insyaallah.

Selasa, 10 September 2013

PENYELARAS KDM DAERAH KUBANG PASU BERTUKAR TEMPAT KERJA

Baru-baru ni (21 Ogos 2013), Cikgu Azila panjangkan mesej daripada Penyelaras KDM Daerah Kubang Pasu kepada cikgu. Kandungan mesej tersebut : "Slm ckgu. Tq kerana kerjasama yg d berikn kpd saya dlm prog dr muda. Slm saya bt ustd n ckgu shahrum. Mulai mngu dpn saya d tukarkn ke ngri perak.."

Aduhai, alangkah sedihnya apabila mendapat khabar sebegini! Sebenarnya En Mat sudah seperti ahli keluarga KDM SKFBT sendiri. Banyak jasa dan kenangan telah terpahat di tugu ingatan kami.



Kenangan bersama-sama En Mat di konvensyen kebangsaan





Kenangan bersama En Mat semasa program antarabangsa di Hatyai, Thailand.


Sesungguhnya, kenangan bersama-sama dan jasa En Mat akan sentiasa dikenang. Ucapan ribuan terima kasih semerbak mewangi khas buat HERO yang menjadi salah seorang tunggak kejayaan KDM Kubang Pasu. JASAMU AKAN DIKENANG.

Kami KDM SKFBT berdoa agar En Mat gembira di tempat baharu. Teruskan usaha murni dan kesungguhan bekerja di sana. Bertuah orang Perak dapat pegawai seperti anda. Kami yakin pada pepatah 'benih yang baik, jatuh di bumi manapun akan menjadi pulau'. Pasti anda akan berjaya dimana-mana sahaja berbekalkan aura positif yang dibawa.

Semoga dapat berjumpa lagi.