Sabtu, 24 Januari 2015
Selasa, 13 Januari 2015
Permulaan 2015
assalamualaikum. Dah lama betul cikgu tak update blog DM ni.
Semangat baru untuk 2015 dah mula membara.
INGAT!!!! 2015 NI ADA KONVENSYEN.
So...Semua DM kena bersedia dengan bahan-bahan yang mungkin boleh dipertandingkan mengikut kategori berikut:
1. Sketsa persembahan bakat ( 15 orang)
2. Inovasi (3 orang)
3. Bercerita Bahasa Malaysia ( 1 orang)
4. Bercerita Bahasa Inggeris (1 orang)
5. Pameran Aktiviti (3 orang)
6. Sekolah Cemerlang (guru)
7. kuiz (4 orang)
8. Tokoh Doktor Muda (sorang ja)..dah ada calon ni...ehem ehem..get ready
9. lain-lain cikgu tak ingat..nanti cikgu rujuk cikgu Azila...kik kik
Apa-apa sekalipun...semua Dm perlu bersedia andai dipanggil untuk sesi latihan...yang akan bermula pada bila-bila masa sahaja....
Doakan supaya Cikgu Om dicurahi idea dan semangat untuk SKETSA.
Jumpa Lagi

Selasa, 28 Oktober 2014
Assalamualaikum. Amboii...lama betullah cikgu tak menjengah ke Blog ni... Sunyi jer terrrr
Alang-alang dah menjengah ni..cikgu nak buat laporan yang mungkin dah basi. Tapi layan jer lah.
Yang pertama: Baru-baru ni iaitu pada 16 Oktober 2014, bertempat di SMK Telok Bayu, Sungai Petani telah diadakan Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah.
Sekolah Felda Bukit Tangga telah mewakili daerah Kubang Pasu dalam acara Persembahan Bakat dan Tokoh Doktor Muda.
Persembahan Bakat (Sketsa) telah disertai oleh 15 orang Doktor Muda iaitu:
1. Mohd Faizal b Alias
2.Amirul Akmal b Azmi
3. Mohd Nor Rahmad b Syamsudin
4. Mohd Faris b Alias
5. Zaim Zal Hasmi b Azriman
6. Syazani Aizat b Radzaini
7. Nur Hanis bt Rosli
8. Amaal Firiyaani bt Abd Malek
9. Nur Farhain bt Anuar
10. Nur Aina Asyirah bt Saidin
11. Wan Shifa Aliya bt Wan Nazri
12. Siti Zulaikha bt Zulkifli
13. Nur Nadrah bt Roslan
14. Mohd Hisyamudin b Khairul Anuar
15. Nur Aisyah Hazirah bt Mohd Fadzil
Tajuk Sketsa : "Ujian Tamat Belajar"
Citernya berkisar tentang ujian yang dihadapi oleh seorang pelajar iaitu Aduka yang wataknya dipegang oleh jejaka tampan SKFBT iaitu Mohd Faizal b Alias. Tok Guru ( Nur Rahmad) telah menguji Aduka untuk memastikan dia betul-betul sudah khatam semua ilmu yang diajarnya.
Aduka memang hebat!!! Semua ujian dapat diselesaikan. Banyak sekali info yang Aduka kemukakan.
Tok Guru sangat bangga dan membenarkan Aduka kembali kepada masyarakat untuk berbakti.
Dalam pertandingan bakat ini, team SKFBT telah memenangi tempat ketiga.. TAHNIAH!!!
Manakala untuk kategori TOKOH DOKTOR MUDA, Farhah Bahiyah adalah wakil yang telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Kubang Pasu .
Beliau telah dapat menjawab semua soalan "killer" daripa juri temuduga dengan begitu yakin. Soalan-soalan yang diajukan bukan sekadar berkisar tentang pengetahuan tentang ilmu Doktor Muda, malah meliputi hal ehwal semasa....harga getah sekerap pun turut ditanya...lawakkk...
Alhamdulillah, debaran semasa diumumkan nama para pemenang berakhir dengan titisan air mata terharu. Farhah Bahiyah telah dinobatkan sebagai TOKOH DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH.
Bukan Farhah saja yang suspen...cikgu Om, Cikgu Azila dan Cikgu Shima pun tak boleh bernafas rasa....
Farhah memang layak untuk memakai gelaran tu...Cayalah..
Okey itu saja yang nak cikgu kongsikan buat masa ini...
Jumpa lain kali yer...
Salam Sayang daripada Cikgu OM....

Selasa, 31 Disember 2013
Sekelip Mata...rosak binasa.....
Tahun *2013* penuh dengan warna-warni bagi KDM SKFBT. Ummm...tak pandai cikgu nak gambarkan kala(warna) tu macam mana. Tapi yang nyata kala terang dan ceria telah hampir pudar..dan mungkin akan jadi kala yang menjijikkan. Mintak simpang lah....
Mungkin ramai lagi ahli KDM tak tahu bahawa bilik KDM kebanggaan kita telah dilanda 'tsunami'.
"Kemegahan" kita dah pun "rebah'. Nanti buka sekolah, kamu semua pergilah tengok. Cikgu tak ambil gambar untuk dimuatkan di sini sebab..hu hu hu sedih sangat...
Buka sekolah nanti, sama-samalah kita ikhtiarkan apa-apa yang patut untuk bangkitkan semangat yang bagai dihanyutkan ombak 'tsunami' ke laut lepas.

Jumaat, 13 September 2013
PROGRAM SELEPAS UPSR 2013
Alhamdulillah, UPSR sudah pun selesai Khamis lalu. Semoga semua murid mendapat kejayaan cemerlang.
Dah lepas peperiksaan tidak bermakna sesi persekolahan juga selesai. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Insyaallah, Ahad nanti (15 Sept), guru-guru tahun 6 akan maklumkan aktiviti yang telah dirancang dan disusun khas untuk murid-murid tahun 6.
Doktor Muda (tahun 6) sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang masa yang masih berbaki di sekolah ini untuk memberi khidmat bakti kepada kelab.
Cikgu bercadang untuk menganjurkan kempen kebersihan dan kesihatan yang melibatkan doktor muda tahun 6. Mereka akan ditugaskan untuk memasang poster di kawasan strategik di sekolah, membuat demontrasi serta pemeriksaan kesihatand an menyediakan taman DOMU yang akan ditanam dengan ulam-ulaman.
Semua perancangan akan berjalan lancar jika semua doktor muda tahun 6 memberi kerjasama. Insyaallah.

Selasa, 10 September 2013
PENYELARAS KDM DAERAH KUBANG PASU BERTUKAR TEMPAT KERJA
Baru-baru ni (21 Ogos 2013), Cikgu Azila panjangkan mesej daripada Penyelaras KDM Daerah Kubang Pasu kepada cikgu. Kandungan mesej tersebut : "Slm ckgu. Tq kerana kerjasama yg d berikn kpd saya dlm prog dr muda. Slm saya bt ustd n ckgu shahrum. Mulai mngu dpn saya d tukarkn ke ngri perak.."
Aduhai, alangkah sedihnya apabila mendapat khabar sebegini! Sebenarnya En Mat sudah seperti ahli keluarga KDM SKFBT sendiri. Banyak jasa dan kenangan telah terpahat di tugu ingatan kami.

Kenangan bersama-sama En Mat di konvensyen kebangsaan
Kenangan bersama En Mat semasa program antarabangsa di Hatyai, Thailand.
Sesungguhnya, kenangan bersama-sama dan jasa En Mat akan sentiasa dikenang. Ucapan ribuan terima kasih semerbak mewangi khas buat HERO yang menjadi salah seorang tunggak kejayaan KDM Kubang Pasu. JASAMU AKAN DIKENANG.
Kami KDM SKFBT berdoa agar En Mat gembira di tempat baharu. Teruskan usaha murni dan kesungguhan bekerja di sana. Bertuah orang Perak dapat pegawai seperti anda. Kami yakin pada pepatah 'benih yang baik, jatuh di bumi manapun akan menjadi pulau'. Pasti anda akan berjaya dimana-mana sahaja berbekalkan aura positif yang dibawa.
Semoga dapat berjumpa lagi.
Jumaat, 12 Julai 2013
KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN
Pada 2-5 Julai yang lalu, Cikgu Shahrum dan Cikgu Azila telah menghadiri Konvensyen Doktor Muda di Negeri Sembilan bersama-sama pasukan doktor muda negeri Kedah yang kain. Dalam konvensyen itu, pasukan negeri kedah telah memperoleh kemenangan besar. Kedah telah menjadi johan bagi acara inovasi yang diwakili oleh 3 orang doktor muda dari Sk Teloi Kanan dan acara sketsa yang diwakili oleh pasukan SK Tunku Putera,Baling. Manakala SKFBT hanya mendapat hadiah saguhati. TAHNIAH diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya sama ada dari negeri Kedah atau dari negeri-negeri lain.
Untuk melihat gmbar, sila klik GALERI di atas.

Jumaat, 28 Jun 2013
Program pengantarabangsaan antara Kelab Doktor Muda SKFBT & Wat Meapia Scholl Songkla Thailand.
Pada 27 dan 28 Jun 2013, Kelab Doktor Muda SKFBT dengan kerjasama PPD Kubang Pasu dan Pejabat Kesihatan Kubang Pasu telah mengadakan Program Antarabangsa dengan Wat Maepia School.
Program ini telah berjalan dengan lancar sekali. Pihak sekolah Wat Maepia menyambut kedatangan kami dengan begitu meriah. Banyak aktiviti yang telah diadakan di sana. Semua ahli kelab dapat bermesra dan berkenalan dengan pelajar di sana.
Guru Besar sekolah tersebut iaitu Mr Narung Plansungket -rupa-rupanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Walaupun jumlah perkataan yang dikuasainya sedikit, namun ia tetap istimewa.
Kami telah disambut dengan deretan pelajar Wat Maepia yang begitu ramah. "Selamat datang" ucap mereka sambil tersenyum. Wah, kagumnya kami melihat mereka yang begitu mesra dan bersungguh-sungguh berbaris di bawah terik matahari menyambut kedatangan kami. Terima kasih banyak-banyak. Kop Khun Kha.
Untuk melihat gambar yang lebih banyak, sila klik GALERI di atas. Terima kasih.

Khamis, 27 Jun 2013
PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA DENGAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH SONGKLA
Hari ini 27 Jun 2013,ahli kelab Doktor Muda SKFBT akan bertolak ke Thailand untuk program pengantarabangsaan. Para peserta akan berada di Thailand selama 2 hari 1 malam. Pada pagi Jumaat 28 Jun, para peserta akan melawat salah sebuah sekolah yang terkenal di Songkla. Di sana, aktiviti mewarna dan demontrasi cara mancuci tangan yang betul akan diadakan.
Melalui program ini, para peserta akan dapat menjalinkan hubungan mesra dengan pelajar dan guru di sana. Selain itu, para peserta juga akan dapat berkongsi pendapat dan membuat tinjauan aspek-aspek yang boleh dibuat penambahbaikan untuk dibawa pulang.
Adalah menjadi harapan para guru penasihat agar program ini dapat membuka minda peserta tentang budaya dan gaya pembelajaran di negara jiran serta mengambil peluang menceduk idea-idea bernas yang boleh dimanfaatkan apabila pulang kelak.
Selamat pergi dan kembali.

Rabu, 26 Jun 2013
PERJUMPAAN WARIS KDM 2013
Alhamdulillah tadi jam 11.30 pagi telah diadakan perjumpaan waris KDM 2013 bertempat di bilik KDM yang serba ceria itu.
Terima kasih diucapkan atas kesudian para waris melapangkan masa dan hadir ke perjumpaan tersebut.

Langgan:
Catatan (Atom)